Wednesday, February 16, 2011

Reunion Alumni PFSMML SPM2010 (Dis 2010)

Reunion mini ini bertujuan untuk mengumpul kembali ALUMNI batch SPM 2010 dan seterusnya menjadi tapak untuk pimpinan akan datang menganjurkan REUNION ALUMNI PFSMML lebih meriah.

Tempat- Bilik PFSMML
Tarikh- 16 Dis 2010
Masa- Selepas Kertas terakhir SPM (PSI)

Falak saintifik ke arah kecemerlangan ummah.

Majlis Pembubaran Organisasi Dan Makan Malam (Julai 2010)

Tempat- Bilik Gerakan MML
Tarikh- 25 Julai 2010
Masa- 8.30 hingga 10.00 malam


Majlis ini diadakan untuk mengisytiharkan pimpinan PFSMML yang baru pada sesi 2011 sekali gus berakhirnya zaman batch SPM 2010.
Majlis ini dihadiri oleh Dr Rowi sebagai tetamu kehormat.

Pengerusi PFSMML 2010, Muhammad Azim bin Ismail mengumumkan organisasi baru yang dipimpin oleh saudara Muhammad Khairul Miqdad bin Noran pada malam tersebut.


Selepas selesai ucapan dari pengerusi lama, baru dan Dr Rowi, jamuan diadakan sebagai penghargaan kepada semua AJK yang banyak berkorban untuk pergerakan PFSMML.

Timb. Setiausaha 2011, Dr Rowi dan pengerusi PFSMML2010


Pengerusi PFSMML 2011 (berkopiah koko)

 

Ukhuwwah 4ever....

SEMOGA PFSMML TERUS SUKSES

Peperiksaan Akhir Tahun (Julai 2010)

Peperiksaan akhir tahun untuk ahli baru dan lama diadakan :
Tempat- Kelas 5 syariah akaun Basrah
Tarikh- 1 Julai 2010


Peperiksaan ini untuk menilai tahap kefahaman ahli dalam mempelajari ilmu fardu kifayah ini.
Kertas peperiksaan diuruskan oleh Biro Kelas dan Bimbingan.

Seminar Penggalakan Dan Penghayatan Ilmu Falak Peringkat negeri1431 h (Julai 2010)



Program terbesar kami pada 2010 ini dianjurkan bersama Jabatan Mufti Kelantan, Majlis Agama dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)dan Persatuan Ilmu Falak dan Astronomi Maahad Muhammadi Perempuan (PIFAMMP).
Seminar yang kali terakhir dianjurkan pada 2000 dan 2003 oleh PFSMML ini dihadiri hampir 30 sekolah dan wakil dari KIAS.

Tempat- Balai Islam, Lundang
Tarikh- 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa- 8 pagi hingga 4.15 petang
Urusetia- 20 orang
Kehadiran - 30 sekolah seluruh Kelantan

Resolusi utama seminar ini ialah-
Mendapat sokongan YIK agar ilmu falak dikembangkan semula di Kelantan
setelah madah Falak Syarie telah dimansuhkan pada sekitar 1970-an dalam sistem pendidikan YIK.

Rehlah Mahabbah Falak (Jun 2010)

Rehlah yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai plan B bagi lawatan Falak yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Tempat- Pantai Mek Mas
Tarikh- Cuti Jun 2010
Tempoh- 4 hari 3 malam

Rehlah ringkas sebagai pemangkin ukhuwwah selain daripada diskusi khusus.





Hari Penggalakan Dan Penghayatan Ilmu Falak Peringkat Sekolah (Jun 2010)

Hari Falak peringkat MML ini telah dianjurkan padat untuk satu hari.
Tempat- Sekitar MML
Tarikh- Jun 2010
Masa- 7.45 pg hingga 11 mlm


Program ini jug sebagai persediaan terakhir kepada AJK yang akan terlibat dengan Seminar Falak peringkat negeri anjuran PFSMML pada Julai nanti.


7.45 pg- Perasmian oleh Mudir
8.00 pg- Ceramah 'Aplikasi Falak dalam kehidupan seharian' disampaikan oleh Ustaz Muhd Nor Husain (MMP)=medan perhimpunan
9.15 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk para guru MML=dewan.
10.00 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk pelajar tahap 1
11.00 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk pelajar tahap 2
9.00 mlm- Pameran disambung untuk pelajar asrama.
11.00 mlm- Cerapan bulan purnama dengan teleskop persatuan=padang


Pelajar MML mendengar ceramah tentang Falak

Ust Muhd Nor

Pameran mini Falak di dewan utama

Ex-Officio, Timb. Pengarah program dan MPP

Malam Cerapan Perdana (Jun 2010)

Kemuncak bagi aktiviti cerapan dwimingguan kami (Malam Cerapan dan Qiamullail) .Program ini menjemput Dr. Rowi untuk mengadakan cerapan di padang MML.


Tempat- MML
Tarikh- 3 hingga 4 Jun 2010
Urusetia- Pimpinan Ting 3
Sasaran- Semua pelajar MML

Cerapan yang diadakan di sekolah sebelum ini disasarkan kepada ahli sahaja, namun Malam Cerapan Perdana ini terbuka kepada semua pelajar MML.
Perbentangan kertas kerja "Astronomi untuk semua" oleh Dr. Rowi mendahului cerapan yang diadakan di tengah padang MML sekitar 12 tengah malam.

Aktiviti tambahan sepanjang 2010

Jualan Falak Forum JAHEIK (Feb) dan PESKO (Mac)

Jualan pada Hari Sukan sekolah (PESKO) dan pada Forum Perdana anjuran Jabatan Hal Ehwal dan Agama Islam Kelantan  (JAHEIK) di MML telah menambah kewangan kami. Jualan di garaj kereta ini disinari oleh kerlipan lampu yang dipasang oleh pihak persatuan. Jualan ini sekali gus telah melatih AJK untuk bekerjasama dan pengurusan kewengan.

Pameran Falak

1) Perkampungan ICT (anjuran SUK)
2) Minggu bahasa MML( anjuran MAKTABAH MML)
3) HARI FALAK MML (anjuran PFSMML)
4) SEMINAR FALAK NERGERI (anjuran PFSMML)
5) IJTIMAK FALAK (anjuran PFSMML)

Cerapan Gerhana Matahari dan Bulan

Pada awal tahun 2010 di Pantai Mek Mas bersama Dr Rowi, pelajar KIAS dan orang awam terdiri daripada pihak univrsiti, Falak online dll.

Cerapan penghijaban marikh pada bulan

Tempat- Balai cerap mini Dr Rowi, Bayam, Kota Bharu
Tarikh- 16 Mei 2010
Masa- dari Maghrib hingga Isyak
Dr Rowi, Pengerusi PFSMML 2007- saudara Asyraf Asyhar dan Pengerusi PFSMML 2010- saudara Azim Ismail

  
Praktikal Istiwa Adzam

Dilakukan 2 kali setahun pada tiap-tiap tahun:
1) 28 Mei- 5.16 pm
2) 16 Julai- 5.28 pm

Peletakan Arah Kiblat Di Bilik Guru dan pimpinan MML
Untuk memudahkan solat sunat dilakukan.

Jemputan Luar (MMP, SMKK2 dan SUK) 

Lawatan Rasmi Persatuan Falak Syarie Malaysia

Cerapan

 Teleskop milik dr rowi

 Dari kiri presiden, timb presiden dan ketua biro kelas dan bimbingan

Saudara presiden PFSMML 2003, Abdullah Hassan

 Diskusi bersama pihak PFSM

 Dari kiri Presiden PFSM, AJK PFSM dan wakil PFSM di Kelantan

Bersama pentadbir MML

Penjualan kad kalendar hijrah mini (Feb 2010) dan baju PFSMML (April 2010)

Kad kalendar mini versi hijrah ini direka oleh Ketua Biro Rukyah dan Kaji Langit (Ilham). Kad bertemakan warna biru gelap telah berjaya dijual di seluruh MML dan diedar kepada semua guru MML. Selain itu, kad ini telah dijual kepada pihak luar dengan harga RM0.70 sekeping. Kad ini juga dijadikan antara bahan yang penting untuk program luar bagi mempromosikan ilmu falak kepada masyarakat luar.
Telah mula dijual pada pertengahan Feb 2010 dan diulang cetak pada Mac.

Selain itu, pihak PFSMML telah menggunakan reka bentuk baju yang ditinggalkan oleh PFSMML 2009 untuk dijual kepada warga MML.
Reka bentuk itu telah diedit oleh Biro Buletin dan Penerbitan.

Jualan kedua-dua produk dari PFSMML 2010 ini telah diuruskan oleh Biro Ekonomi yang baru ditubuhkan pada 2010. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...