Wednesday, February 16, 2011

Reunion Alumni PFSMML SPM2010 (Dis 2010)

Reunion mini ini bertujuan untuk mengumpul kembali ALUMNI batch SPM 2010 dan seterusnya menjadi tapak untuk pimpinan akan datang menganjurkan REUNION ALUMNI PFSMML lebih meriah.

Tempat- Bilik PFSMML
Tarikh- 16 Dis 2010
Masa- Selepas Kertas terakhir SPM (PSI)

Falak saintifik ke arah kecemerlangan ummah.

Majlis Pembubaran Organisasi Dan Makan Malam (Julai 2010)

Tempat- Bilik Gerakan MML
Tarikh- 25 Julai 2010
Masa- 8.30 hingga 10.00 malam


Majlis ini diadakan untuk mengisytiharkan pimpinan PFSMML yang baru pada sesi 2011 sekali gus berakhirnya zaman batch SPM 2010.
Majlis ini dihadiri oleh Dr Rowi sebagai tetamu kehormat.

Pengerusi PFSMML 2010, Muhammad Azim bin Ismail mengumumkan organisasi baru yang dipimpin oleh saudara Muhammad Khairul Miqdad bin Noran pada malam tersebut.


Selepas selesai ucapan dari pengerusi lama, baru dan Dr Rowi, jamuan diadakan sebagai penghargaan kepada semua AJK yang banyak berkorban untuk pergerakan PFSMML.

Timb. Setiausaha 2011, Dr Rowi dan pengerusi PFSMML2010


Pengerusi PFSMML 2011 (berkopiah koko)

 

Ukhuwwah 4ever....

SEMOGA PFSMML TERUS SUKSES

Peperiksaan Akhir Tahun (Julai 2010)

Peperiksaan akhir tahun untuk ahli baru dan lama diadakan :
Tempat- Kelas 5 syariah akaun Basrah
Tarikh- 1 Julai 2010


Peperiksaan ini untuk menilai tahap kefahaman ahli dalam mempelajari ilmu fardu kifayah ini.
Kertas peperiksaan diuruskan oleh Biro Kelas dan Bimbingan.

Seminar Penggalakan Dan Penghayatan Ilmu Falak Peringkat negeri1431 h (Julai 2010)



Program terbesar kami pada 2010 ini dianjurkan bersama Jabatan Mufti Kelantan, Majlis Agama dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)dan Persatuan Ilmu Falak dan Astronomi Maahad Muhammadi Perempuan (PIFAMMP).
Seminar yang kali terakhir dianjurkan pada 2000 dan 2003 oleh PFSMML ini dihadiri hampir 30 sekolah dan wakil dari KIAS.

Tempat- Balai Islam, Lundang
Tarikh- 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa- 8 pagi hingga 4.15 petang
Urusetia- 20 orang
Kehadiran - 30 sekolah seluruh Kelantan

Resolusi utama seminar ini ialah-
Mendapat sokongan YIK agar ilmu falak dikembangkan semula di Kelantan
setelah madah Falak Syarie telah dimansuhkan pada sekitar 1970-an dalam sistem pendidikan YIK.

Rehlah Mahabbah Falak (Jun 2010)

Rehlah yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai plan B bagi lawatan Falak yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Tempat- Pantai Mek Mas
Tarikh- Cuti Jun 2010
Tempoh- 4 hari 3 malam

Rehlah ringkas sebagai pemangkin ukhuwwah selain daripada diskusi khusus.





Hari Penggalakan Dan Penghayatan Ilmu Falak Peringkat Sekolah (Jun 2010)

Hari Falak peringkat MML ini telah dianjurkan padat untuk satu hari.
Tempat- Sekitar MML
Tarikh- Jun 2010
Masa- 7.45 pg hingga 11 mlm


Program ini jug sebagai persediaan terakhir kepada AJK yang akan terlibat dengan Seminar Falak peringkat negeri anjuran PFSMML pada Julai nanti.


7.45 pg- Perasmian oleh Mudir
8.00 pg- Ceramah 'Aplikasi Falak dalam kehidupan seharian' disampaikan oleh Ustaz Muhd Nor Husain (MMP)=medan perhimpunan
9.15 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk para guru MML=dewan.
10.00 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk pelajar tahap 1
11.00 pg- Pameran alat-alat Falak dan kaunter Pertukaran Tarikh Hijrah-Masihi dibuka untuk pelajar tahap 2
9.00 mlm- Pameran disambung untuk pelajar asrama.
11.00 mlm- Cerapan bulan purnama dengan teleskop persatuan=padang


Pelajar MML mendengar ceramah tentang Falak

Ust Muhd Nor

Pameran mini Falak di dewan utama

Ex-Officio, Timb. Pengarah program dan MPP

Malam Cerapan Perdana (Jun 2010)

Kemuncak bagi aktiviti cerapan dwimingguan kami (Malam Cerapan dan Qiamullail) .Program ini menjemput Dr. Rowi untuk mengadakan cerapan di padang MML.


Tempat- MML
Tarikh- 3 hingga 4 Jun 2010
Urusetia- Pimpinan Ting 3
Sasaran- Semua pelajar MML

Cerapan yang diadakan di sekolah sebelum ini disasarkan kepada ahli sahaja, namun Malam Cerapan Perdana ini terbuka kepada semua pelajar MML.
Perbentangan kertas kerja "Astronomi untuk semua" oleh Dr. Rowi mendahului cerapan yang diadakan di tengah padang MML sekitar 12 tengah malam.

Aktiviti tambahan sepanjang 2010

Jualan Falak Forum JAHEIK (Feb) dan PESKO (Mac)

Jualan pada Hari Sukan sekolah (PESKO) dan pada Forum Perdana anjuran Jabatan Hal Ehwal dan Agama Islam Kelantan  (JAHEIK) di MML telah menambah kewangan kami. Jualan di garaj kereta ini disinari oleh kerlipan lampu yang dipasang oleh pihak persatuan. Jualan ini sekali gus telah melatih AJK untuk bekerjasama dan pengurusan kewengan.

Pameran Falak

1) Perkampungan ICT (anjuran SUK)
2) Minggu bahasa MML( anjuran MAKTABAH MML)
3) HARI FALAK MML (anjuran PFSMML)
4) SEMINAR FALAK NERGERI (anjuran PFSMML)
5) IJTIMAK FALAK (anjuran PFSMML)

Cerapan Gerhana Matahari dan Bulan

Pada awal tahun 2010 di Pantai Mek Mas bersama Dr Rowi, pelajar KIAS dan orang awam terdiri daripada pihak univrsiti, Falak online dll.

Cerapan penghijaban marikh pada bulan

Tempat- Balai cerap mini Dr Rowi, Bayam, Kota Bharu
Tarikh- 16 Mei 2010
Masa- dari Maghrib hingga Isyak
Dr Rowi, Pengerusi PFSMML 2007- saudara Asyraf Asyhar dan Pengerusi PFSMML 2010- saudara Azim Ismail

  
Praktikal Istiwa Adzam

Dilakukan 2 kali setahun pada tiap-tiap tahun:
1) 28 Mei- 5.16 pm
2) 16 Julai- 5.28 pm

Peletakan Arah Kiblat Di Bilik Guru dan pimpinan MML
Untuk memudahkan solat sunat dilakukan.

Jemputan Luar (MMP, SMKK2 dan SUK) 

Lawatan Rasmi Persatuan Falak Syarie Malaysia

Cerapan

 Teleskop milik dr rowi

 Dari kiri presiden, timb presiden dan ketua biro kelas dan bimbingan

Saudara presiden PFSMML 2003, Abdullah Hassan

 Diskusi bersama pihak PFSM

 Dari kiri Presiden PFSM, AJK PFSM dan wakil PFSM di Kelantan

Bersama pentadbir MML

Penjualan kad kalendar hijrah mini (Feb 2010) dan baju PFSMML (April 2010)

Kad kalendar mini versi hijrah ini direka oleh Ketua Biro Rukyah dan Kaji Langit (Ilham). Kad bertemakan warna biru gelap telah berjaya dijual di seluruh MML dan diedar kepada semua guru MML. Selain itu, kad ini telah dijual kepada pihak luar dengan harga RM0.70 sekeping. Kad ini juga dijadikan antara bahan yang penting untuk program luar bagi mempromosikan ilmu falak kepada masyarakat luar.
Telah mula dijual pada pertengahan Feb 2010 dan diulang cetak pada Mac.

Selain itu, pihak PFSMML telah menggunakan reka bentuk baju yang ditinggalkan oleh PFSMML 2009 untuk dijual kepada warga MML.
Reka bentuk itu telah diedit oleh Biro Buletin dan Penerbitan.

Jualan kedua-dua produk dari PFSMML 2010 ini telah diuruskan oleh Biro Ekonomi yang baru ditubuhkan pada 2010. 

Astronomi Islam bersama Astromas dan Pengerusi PFSMML 2003 (Feb 2010)

Program cerapan rasmi ini diadakan untuk mengisi cuti dengan aktiviti yang berfaedah.


Tempat- Maahad Muhammadi Lelaki
Tarikh- 14-15 Feb 2010
Urusetia- Biro Rukyah dan Kaji Langit


Saudara astromas aka Ridzuan (www.astromas2020.blogspot.com) telah mengorbankan masanya untuk bersama pelajar  falak MML. Selepas Isya', beliau telah memberi pendedahan tentang peta bintang dan dunia astronomi melalui stellarium. Hampir 11.30 malam, kami adakan cerapan zuhal dan buruj belantik (termasuk Orion nebula) menggunakan teleskop persatuan dengan kanta sedia ada. Kehadiran saudara Abdullah Hassan (senior PFSMML 2003) di bilik persatuan pula mengajar tentang penggunaan rubu' mujayyab kepada AJK.

                                    Buruj-buruj yang diajarkan

Penerbitan Buletin bulanan Falak (Feb-Jun)

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Buletin dan Penerbitan. Buletin diedarkan secara percuma kepada semua ahli dan djual RM 0.40 kepada bukan ahli. Buletin ini juga diedarkan kepada pihak luar melalui program yang dianjurkan.
Bagaimanapun buletin ini tak mampu diterbitkan setiap minggu disebabkan masalah teknikal. 
Segala design buletin ini asli dari PFSMML.

Ijtima’ Falak Syarie (April 2010)

Tarikh- 10 April 2010
Tempat- Dewan Utama Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
Masa- 8.30 pg-1 tgh/hari

Program ini dianjurkan untuk menyebarkan lagi sayap ilmu falak ke sekolah-sekolah lain. 6 buah sekolah yang terlibat antaranya :

1) SMUA TAQADDUM MAARIF
2) MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (MTS)
3) MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT PULAI CONDONG (MTAQ)
4) MAAHAD PENGAJIAN ISLAM (MPI)
5) SMUA SYAMSUL MAARIF LELAKI
6) MAAHAD MUHAMMADI LELAKI

Ustaz Muhd Nor Husain dari Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)dijemput memberi ceramah tentang pengenalan ilmu falak selain membangkitkan semangat peserta. Selepas itu, disusuli pula dengan Cara penggunaan jadual Transformasi Tarikh, Arah Kiblat dan Peta Bintang yang disampaikan oleh Pengerusi PFSMML, Muhammad Azim Ismail. Ijtima' ini diadakan secara percuma kepada semua peserta yang hadir.





Malam 1000 Bintang (Mac 2010)


Tarikh- 12 hingga 15 Mac 2010
Tempat- Pantai Mek Mas
Urusetia- Pimpinan PFSMML ting 4

Program tahunan ini diadakan khusus untuk ahli PFSMML. Pendedahan asas ilmu falak dan astronomi oleh AJK dan Dr. Rowi sebagai pengisian. Selain itu, ramai senior 2009 turun padang untuk berkongsi pengalaman dan sokongan padu. Program selama 4 hari ini berjalan secara santai dan cukup manis dengan pengalaman yang indah dikongsi hampir 45 orang.

Kursus Pendek AJK (Feb 2010)

Tarikh- 5 hingga 6 Feb 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat- Pantai Mek Mas

Program khusus kepada AJK PFSMML 2010 ini untuk memantapkan tahap pengurusan organisasi selain untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan AJK baru dan lama.
Kehadiran Dr Rowi mengajar ilmu astronomi menceriakan lagi kursus ini.
Walaupun kepenatan selepas Malam Cerapan dan Qiamullail pada malam jumaat sebelumnya, kami tetap bersemangat.
Ternyata objektif tercapai. Alhamdulillah...





makan sambil mencerap


ukhuwwah selamanya...

Malam Cerapan dan Qiamullail (Setiap 2 Minggu pada semester 1)-(Jan-Jun 2010)

                                               PROSES pembelajaran

                                        LDK (latihan dalam kumpulan)

PRAKTIKAL ISTIWA ADZAM

PENCERAPAN ZUHAL DAN MARIKH

SEKITAR 4 PG

BERSAMA TELESKOP PERSATUAN

Untuk memberi pendedahan tentang astronomi dan kaedah penggunaan Teleskop dan juga praktikal mengenainya.

Setiap minggu bertemakan sesuatu yang baru.
Hampir setiap Malam Cerapan kami menjemput orang luar yang terdiri daripada Senior PFSMML, DR Rowi dan pakar falak dari Kelantan.

Kami menggunakan teleskop MEADE ( Takahashi ) milik Persatuan.
Kemuncak Malam Cerapan ini ketika Hari Falak MML pada JUN 2010

Kelas ahli Lama (waktu solat) dan Baru(transformasi tarikh dan arah kiblat)-(Jan-Julai 2010)

Bermula pada awal Februari.
Tenaga pengajar- Ketua Biro dan AJK biro Kelas dan Bimbingan.
Tempat- 5 syariah akaun Basrah
Masa- 3 hingga 5 ptg ( setiap minggu)

Kelas Ahli Baru- Transformasi Tarikh dan Arah Kiblat

Kelas Ahli Lama- Penentuan waktu solat dan Rubu' Mujayyab ( sedikit)

Friday, February 11, 2011

Kelas AMT,Ketu Biro dan kelas untuk ajk (Jan-Jun 2010)

Kelas AMT dan Ketua Biro telah diadakan pada setiap minggu selama 3 kali untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Rubu' Mujayyab.

Timb. Pengerusi bersama AMT dan Ketu Biro lain

Saudara Timb. Bendahari 2009 memberi penerangan

Rubu' Mujayyab mini

Setelah berakhir kelas tersebut maka diteruskan pula dengan kelas untuk AJK

Kelas untuk AJK mendahului kelas bagi ahli.
Diadakan di kelas 5 Akaun Basrah.

1) Rubu' Mujayyab- diajar oleh senior PFSMML 2009 (Saudara Izzul Azfar)
    3-5 ptg (ahad 2 minggu sekali)
2) Pengiraan Waktu Solat- diajar oleh Ustaz Muhd Nor (MMP)
    8-10 mlm (isnin malam selasa setiap minggu)

Kelas ini sebagai asas bagi AJK yang akan mengadakan kelas bagi ahli.

Mesyuarat Agong (Jan 2010)

Tempat- Bilik MPP
Masa- 3 hingga 4.30 ptg
Tarikh- 19 Jan 2010

Kehadiran 31 AJK baru dan lama memberi nafas baru kepada pergerakan PFSMML yang sudah kehilangan taringnya.
Perancangan tahunan dibentangkan kepada semua AJK.
AJK dipilih daripada tingkatan 2-5 dan terus dilatih, dikader agar kesinambungan ilmu falak dapat diteruskan di bumi Maahad khasnya dan Dunia Islam amnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...